INFO SEMASA

Untuk Makluman: Peperiksaan Upsr Tahun 2014 dijadualkan bermula pada 9 September 2014 yang bakal tiba . Diharapkan para pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Semoga berjaya!

Friday, 10 August 2012

Sejarah SK Semabok


SK Semabok sebelum ini.

Lahirnya sekolah yang tersergam indah adalah lambang kesungguhan dan cita-cita murni masyarakat setempat yang inginkan kemajuan. Hasil semangat bergotong-royong yang jitu antara mereka maka wujudlah sekolah pertama di tapak sekolah ini. Sebuah pondok dibina sebagai tempat menuntut ilmu keagamaan dengan seorang Tok Guru iaitu Cikgu Abdul Kadir.
Bermula tahun 1888 dengan bangunan beratapkan nipah maka satu sistem persekolahan yang formal dapat diwujudkan. Guru Besar pertamanya ialah
Encik Mohamad bin Siam. Bangunan yang tersergam ini telah dibina dengan perubahan dari masa ke masa untuk keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Nama sekolah ini diambil daripada nama Kampung Semabok yang nama asalnya ialah "SIMABOK". Pada zaman pemerintahan Belanda, ramai orang Belanda berpesta dan mabok berhampiran dengan Lotus Inn,maka penduduk setempat dan berhampiran menamakannya Kampung "SI MABOK".

 SK Semabok berwajah baru.

Wednesday, 8 August 2012

Selamat Datang ke Blog SK Semabok, Melaka.

Blog kami terpapar kini
Semoga maklumat dapat dikongsi




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur ke hadrat Illahi atas kudratNya dapat juga kami usahakan sebuah portal untuk tatapan dan rujukan tuan puan. Saya berterima kasih atas  keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru ICT dan juga staf sokongan yang telah bertungkus lumus dalam membangun dan mengemaskinikan  Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Semabok, Melaka. Diharap blog ini menjadi salah satu saluran perhubungan diantara pihak sekolah dengan orang awam.

Dalam menempuh era globalisasi dan digital, kita perlulah memperkasakan diri dengan pelbagai maklumat yang berguna demi menempuh cabaran yang mendatang. Oleh yang demikian, penggunaan ICT merupakan satu kemestian dalam melengkapkan diri dan memperkemaskan serta melonjakkan sistem penyampaian maklumat supaya lebih cekap dan berkesan.  Selain itu, ia juga dapat memupuk budaya ICT dalam sektor pendidikan di negeri ini.

Blog rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai di mana jua tanpa mengira had masa.  Selain itu, saya berharap blog ini dapat menyediakan semua maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak pelanggan dan juga orang awam.

Akhir kata, saya berharap melalui penggunaan perkhidmatan ini, seluruh warga pendidik SK Semabok khususnya  dapat bersama menyumbang ke arah mewujudkan penyaluran maklumat yang diperlukan oleh pelanggan dan orang awam selaras dengan kemajuan negara yang semakin pesat membangun. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan melalui blog ini.


Wassalam.