SK Semabok sebelum ini.
Lahirnya sekolah yang tersergam indah adalah
lambang kesungguhan dan cita-cita murni masyarakat setempat yang inginkan
kemajuan. Hasil semangat bergotong-royong yang jitu antara mereka maka wujudlah
sekolah pertama di tapak sekolah ini. Sebuah pondok dibina sebagai tempat
menuntut ilmu keagamaan dengan seorang Tok Guru iaitu Cikgu Abdul Kadir.
Bermula tahun 1888 dengan bangunan beratapkan nipah maka satu sistem
persekolahan yang formal dapat diwujudkan. Guru Besar pertamanya ialah
Encik Mohamad bin Siam. Bangunan yang tersergam ini telah dibina dengan perubahan dari masa ke masa untuk keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Encik Mohamad bin Siam. Bangunan yang tersergam ini telah dibina dengan perubahan dari masa ke masa untuk keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Nama sekolah ini diambil daripada nama Kampung Semabok yang nama asalnya ialah
"SIMABOK". Pada zaman pemerintahan Belanda, ramai
orang Belanda berpesta dan mabok berhampiran dengan Lotus Inn,maka penduduk
setempat dan berhampiran menamakannya Kampung "SI MABOK".
Assalamualaikum....
ReplyDeleteSaya ingin bg cadangan supaya pihak guru / pihak sekolah mewujudkan 1 group (whatssap group PIBG) diantara Ibubapa dan guru supaya kita boleh berkongsi aktiviti sekolah dan murid2 serta kami Ibubapa dapat mengetahui maklumat terbaru tentang pelajar dan sekolah dalam membentuk pelajaran mereka. Sekian,...
Undangan ke Program Bual Bicara Ilmu BM pada 19/3/2018 Isnin di JKKN Melaka. Datang beramai2. Bayaran rm80 shja. 😮Hubungi Cikgu Asyiqeen Amin : 016-8332757
ReplyDelete